04 Mac 2016

Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk lepasan SPM 2015 merupakan anugerah biasiswa selama empat tahun untuk pelajar cemerlang dan berwawasan yang memerlukan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran di dalam negara, dalam bidang pengajian yang selaras dengan keperluan urusan PIDM.

Biasiswa PIDM ini juga layak dipohon oleh pelajar yang sedang menjalani pengajian ijazah pertama sekiranya memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Secara ringkasnya, program ini akan meliputi yuran dan elaun maksimum sebanyak RM20,000 setiap orang dalam tempoh setahun. Sepanjang tempoh latihan amali di PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 selama tempoh enam bulan.

[Lihat] Bidang tajaan terpilih [Tutup] Bidang tajaan terpilih
  • Perakaunan;
  • Perbankan;
  • Pengurusan perniagaan;
  • Kewangan;
  • Perniagaan Antarabangsa;
  • Perbankan Islam;
  • Pengurusan Kewangan dan Perbankan;
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat;
  • Ekonomi;
  • Ekonomi Kewangan Antarabangsa;
  • Statistik;
  • Sains Aktuari;
  • Undang-undang / Undang-undang Syariah;
  • Pembangunan Manusia / Pembangunan Sumber Manusia;
  • Matematik (Actuari);
  • Pengurusan Risiko dan Insurans;
  • Insurans.

[Lihat] Senarai Kolej dan Universiti Terpilih [Tutup] Senarai Kolej dan Universiti Terpilih
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM);
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
  • Universiti Malaya (UM);
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP);
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP);
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS);
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT);
  • Universiti Putra Malaysia (UPM);
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
  • Universiti Sains Malaysia (USM);
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM);
  • Universiti Utara Malaysia (UUM).
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Multimedia University (MMU);
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN);
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK);
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR);
  • Universiti Industri Selangor (UNISEL);
  • Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC).


Tarikh tutup: 18 April 2016
Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Scholarship | Biasiswa
87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM):

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang tidak melebihi usia 25 tahun (pada 1 Januari 2015) dan merupakan pelajar sepenuh masa;
  • Mempunyai pencapaian akademik yang baik dalam SPM / STPM atau setaraf (kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris);
  • Mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dalam bidang-bidang yang ditawarkan oleh PIDM dan diperakui oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) di kolej atau universiti tempatan yang diterima oleh PIDM;;
  • Tidak berupaya mengambil pengajian tanpa bantuan atau tajaan pendidikan;
  • Tidak menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana institusi atau organisasi yang lain;
  • Pemohon tidak pernah diberhentikan daripada menerima biasiswa atau bantuan kewangan yang lain oleh mana-mana institusi atau organisasi akibat tindakan disiplin;
  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat kelayakan, menepati bidang pengajian dan mendapat tempat di kolej atau universiti pilihan PIDM.

Cara Memohon Biasiswa PIDM:

  • Sila muat turun Borang Permohonan Biasiswa PIDM 2016;
  • Sila hantar borang permohonan yang telah dilengkapkan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan melalui emel hc@pidm.gov.my atau ke alamat berikut sebelum tarikh tutup:

  • Human Capital Division (Scholarship Programme)
    Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
    Level 12, Axiata Tower (dahulu dikenali sebagai Quill 7)
    No.9 Jalan Stesen Sentral 5
    Kuala Lumpur Sentral
    50470 Kuala Lumpur
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan.


Sumber: PIDM

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk Ijazah Pertama 2016 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com