23 Februari 2016

Biasiswa Peneraju Tunas Potensi ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia (lepasan SPM dan STPM 2015) yang mempunyai prestasi yang memberangsangkan serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup dan sokongan pembangunan insaniah.

Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk semua pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi dan dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti.

Tarikh tutup: 26 Februari 2016 (Jumaat)
Biasiswa Peneraju Tunas Potensi

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Peneraju Tunas Potensi:

Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:
  • Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM / STPM 2015);
  • Keputusan Percubaan Peperiksaan SPM 2015:
    • Calon Persediaan Ke Luar Negara (Minima 8A) - Sekurang-kurangnya A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi;
    • Calon Kursus Sains Kesihatan (Minima 8A-) - Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Biologi, Kimia dan Matematik);
    • Calon Kursus Kejuruteraan (Minima 7A-) - Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Fizik/Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan);
    • Calon Kursus Lain-Lain (Minima 5A-) - Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah).
  • Keputusan Percubaan Peperiksaan STPM 2015:
    • Minima 2A- - Mendapat Minima 5A- bagi SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah).
  • Jumlah pendapatan atau gaji kasar ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan;
  • Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi;
  • Tidak menerima mana-mana tajaan pendidikan.
Sila semak senarai kursus dan institusi pengajian (beserta kelayakan minima) di bawah tajaan Yayasan Peneraju dan Soalan-Soalan Lazim sebelum membuat permohonan.

Cara Memohon Biasiswa Peneraju Tunas Potensi:


Untuk memohon, sila muat turun dan cetak borang permohonan di atas dan hantar bersama-sama dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum tarikh tutup.

Peneraju Tunas Potensi 2016
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Sila lanjutkan sebarang pertanyaan mengenai program pembiayaan ini kepada tunaspotensi2016@yayasanpeneraju.com.my.

Sumber: YPPB

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2016 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com