Biasiswa Merit Scholarship Programme (High-Tech) BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB) 2016/17 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Biasiswa Merit Scholarship Programme (High-Tech) BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB) 2016/17

Biasiswa Merit Scholarship Programme (High-Tech) Bank Pembangunan Islam (IDB) ditawarkan kepada pelajar penyelidikan dalam kalangan negara-negara anggota IDB bagi meneruskan pengajian peringkat Ph.D dan Pasca Kedoktoran sepenuh masa selama 3 tahun dalam bidang Sains dan Teknologi.

Biasiswa IDB Merit Scholarship Programme ini bertujuan untuk membangunkan sumber manusia teknikal yang berkelayakan dengan menyediakan biasiswa kepada mahasiswa dan penyelidik yang cemerlang untuk menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang berkaitan untuk pembangunan negara-negara anggota.

Tarikh tutup: 29 Februari 2016 (Isnin)
Biasiswa IDB Merit Scholarship Programme | Biasiswa
87 Senarai Biasiswa &Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Bidang Tajaan Biasiswa IDB Merit Scholarship Programme:

  • Ph.D: Kesihatan / Perubatan, Pertanian / Pengeluaran Makanan, Sumber Air / Desertifikasi, Tenaga / Pembangunan Infrastruktur, Nanoteknologi, ICT untuk Pembangunan dan bidang Sains Tulen.
  • Pasca Kedoktoran: Malaria, Corona, Ebola, Pengeluaran makanan, Sumber Air / Desertifikasi, dan Tenaga.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa IDB Merit Scholarship Programme:

Pegawai-pegawai yang hendak dicalonkan mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Umur tidak melebih 35 tahun (untuk Ph.D) dan 40 tahun (Pasca Kedoktoran);
  • Terlibat dengan institusi kajian / akademik / pembangunan dalam bidan gsains dan teknologi di negara masing-masing;
  • Mesti mempunyai latar belakang akademik yang diperlukan dalam bidang berkaitan cadangan kajian / penyelidikan mereka serta pengalaman profesional / penyelidikan dalam bidang masing-masing;
  • Membuktikan bahawa cadangan penyelidikan mempunyai kaitan sains dan teknologi dengan objektif untuk memenuhi keperluan pembangunan keutamaan negara;
  • Mahir dalam bahasa institusi pengajian dan berupaya untuk menjalankan kerja-kerja saintifik di dalamnya.

Cara Memohon Biasiswa IDB Merit Scholarship Programme:

  • Muat turun borang permohonan biasiswa untuk program Ph.D atau Pasca Kedoktoran;
  • Permohonan hendaklah dihantar melalui institusi yang mencalonkan ke Pejabat Gabenor IDB negara seperti di bawah. Pejabat Gabenor IDB ini yang akan menghantar permohonan ke IDB.

  • Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2
    Bahagian Antarabangsa
    Kementerian Kewangan
    Aras 8, Blok Tengah,
    Kompleks Kementerian Kewangan
    Persiaran Perdana, Presint 2
    62692 Putrajaya

  • Permohonan yang dihantar terus ke IDB tanpa melalui Pejabat tidak akan dilayan;
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, sila berhubung dengan Puan Atasha Mohd Noh di talian 03-88824149 atau emel di atasha.noh@treasury.gov.my.


Sumber: MOHE

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)