29 Februari 2016

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) ditawarkan oleh Bank Negara malaysia (BNM) kepada pelajar Malaysia yang berprestasi cemerlang, mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi serta kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.

Biasiswa BNM untuk Pascasiswazah (Masters dan PhD) ini diberikan kepada pelajar yang layak dan telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian atau sedang mengikuti pengajian peringkat Masters atau PhD di mana-mana universiti-universiti terpilih di dalam dan di luar negara.

Tarikh tutup: 30 April 2016 (Sabtu)
Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Masters PhD

Bidang Tajaan Biasiswa Negara Malaysia (Masters | PhD):

  • Ekonomi;
  • Ekonometrik;
  • Ekonomi Kewangan;
  • Ekonomi Antarabangsa;
  • Perbankan dan Kewangan;
  • Kewangan Antarabangsa;
  • Kewangan Kuantitatif;
  • Undang-undang
  • Perbankan dan Undang-undang Kewangan;
  • Undang-undang Antarabangsa;
  • Pengurusan Risiko;
  • Kewangan Islam;

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Negara Malaysia (Masters | PhD):

  • Mendapat keputusan Kelas Pertama (Kepujian) di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana daripada universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf;
  • Umur tidak melebihi 30 tahun bagi Sarjana dan 35 tahun bagi PhD pada 1 Julai 2016;
  • Lulus SPM dengan kredit dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  • Mendapat tawaran untuk menyambung pengajian atau sedang menuntut di peringkat Pasca Ijazah (Masters dan Phd) pada tahun 2016 di universiti-universiti yang ditaja oleh pihak Bank;
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerjasama yang tinggi, cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan;
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik;
  • Penajaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang diluluskan oleh Bank.

Cara Memohon Biasiswa BNM (Masters | PhD):


  • Pemohon yang berkelayakan dikehendaki memohon secara online melalui laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-2691 5963 (9 AM - 7 PM | Isnin - Jumaat) ataupun melalui emel di scholar@bnm.com.my.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.



Sumber: BNM

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Masters dan PhD 2016/2017 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com