29 Februari 2016

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) ditawarkan oleh Bank Negara malaysia (BNM) kepada pelajar Malaysia yang berprestasi cemerlang, mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi serta kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.

Biasiswa BNM untuk Ijazah Pertama ini diberikan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian atau sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Undang-undang dan Sains Komputer di mana-mana universiti-universiti terpilih di dalam dan di luar negara.

Tarikh tutup: 30 April 2016 (Sabtu)
Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Negara Malaysia (Ijazah Pertama):

  • STPM / A-Level - sekurang-kurangnya 2A dan 1B; atau
  • Diploma / Matrikulasi - minimum PNGK 3.50; atau
  • South Australian Matriculation - ATAR sekurang-kurangnya 85%; atau
  • American Foundation Program - skor SAT1 minimum 1200; atau
  • Untuk pemohon yang sedang dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda, PNGK terkini sekurag-kurangnya 3.50;
  • Lulus SPM dengan kredit dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2016;
  • Mendapat tawaran untuk menyambung pengajian atau sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2016 di universiti-universiti yang ditaja oleh pihak Bank;
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerjasama yang tinggi, cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan;
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik;
  • Penajaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang diluluskan oleh Bank.

Cara Memohon Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Ijazah Sarjana Muda:


  • Pemohon yang berkelayakan dikehendaki memohon secara online melalui laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-2691 5963 (9 AM - 7 PM | Isnin - Jumaat) ataupun melalui emel di scholar@bnm.com.my.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.



Sumber: BNM

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) 2016/2017 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com