29 Februari 2016

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) ditawarkan oleh Bank Negara malaysia (BNM) kepada pelajar Malaysia yang berprestasi cemerlang, mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi serta kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.

Terdapat dua jenis biasiswa yang dibuka untuk peringkat Pra-Universiti iaitu Biasiswa Kijang Emas dan Biasiswa Kijang. Biasiswa Kijang Emas dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2015. Penerima biasiswa ini diberi kebebasan untuk menyambung pengajian dalam bidang pilihan sendiri di universiti terkemuka di negara pilihan mereka.

Biasiswa Kijang pula ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan untuk menyambung pengajian peringkat pra-universiti dan seterusnya ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Undang-undang dan Sains Komputer di universiti-universiti terkemuka terpilih di dalam dan di luar negara.

Tarikh tutup: 9 Mac 2016 (Rabu)
Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Kijang Emas Pra-Universiti

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Kijang Emas:

  • Mendapat semua A+ dalam peperiksaan SPM 2015;
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2016;
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerjasama yang tinggi, cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan;
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik;
  • Penajaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang diluluskan oleh Bank.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Kijang:

  • Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM 2015;
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2016;
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerjasama yang tinggi, cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan;
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik;
  • Penajaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang diluluskan oleh Bank.

Cara Memohon Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM):


  • Pemohon yang berkelayakan dikehendaki memohon secara online melalui laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-2691 5963 (9 AM - 7 PM | Isnin - Jumaat) ataupun melalui emel di scholar@bnm.com.my.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.



Sumber: BNM

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Pra-Universiti 2016/2017 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com