Bantuan IPT Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2016 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Bantuan IPT Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2016

Bantuan IPT Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditawarkan kepada pelajar asnaf dari kalangan anak-anak negeri Kelantan yang layak menyambung pelajaran sebagai bantuan untuk mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan menerusi laman sesawang MAIK iaitu www.e-maik.my bagi memudahkan urusan permohonan bantuan berkenaan tanpa perlu beratur di kaunter bagi mendapatkan borang.

Tempoh permohonan:
Sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT tersebut.

Bantuan IPT Biasiswa Zakat MAIK

Syarat Kelayakan Memohon Bantuan IPT MAIK:

  • Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan;
  • Permohonan terbuka untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja;
  • Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat;
  • Pendapatan keluarga yang rendah dan tiada harta yang ekonomik;
  • Bidang pengajian yang memberi manfaat umum;
  • Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.

Dokumen-dokumen Untuk Memohon Bantuan IPT MAIK:

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon;
  • Salinan Surat Tawaran IPT;
  • Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional;
  • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga;
  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga;
  • Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan);
  • Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji;
  • Salinan Slip pencen sekiranya bersara.

Cara Memohon Bantuan IPT MAIK:


  • Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara online melalui Sistem Permohonan Bantuan IPT MAIK
  • Setelah melengkapkan borang permohonan, pemohon perlu mencetak borang tersebut dan dihantar selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon kepada pihak MAIK;
  • Sekiranya perlu membuat kemaskini, pemohon boleh berbuat demikian dalam tempoh seminggu dari tarikh permohonan dibuat.
Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.

Sumber: MAIK

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)