12 Januari 2016

Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ditawarkan untuk calon-calon yang berkelayakan dalam kalangan Anak-Anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa.

Bagi kemasukan pada bulan Februari / Mac, tarikh tutup adalah pada 5 Februari 2016. Manakala tarikh tutup untuk kemasukan bulan September adalah pada 12 Ogos 2016.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Tarikh tutup: 5 Februari 2016 (Jumaat) - Kemasukan Feb / Mac
Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi)
88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015/2016

Program Tajaan Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi):

  • Undang-undang;
  • Perakaunan;
  • Kejuruteraan;
  • Senibina;
  • Ukurbahan;
  • Veterinar;
  • Akaun / Kewangan;
  • Teknologi Komputer dan Maklumat;
  • Ekonomi;
  • Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan;
  • Psikologi dan Kaunseling;
  • Sains Gunaan;
  • Sains Sosial;
  • Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP.

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi):

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan);
  • Pemohon / ibu / bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan;
  • Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM;
  • Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM, Matrikulasi, Asasi, Pra-Universiti, Foundation dan Diploma;
  • Pengajian di peringkat ijazah pertama sahaja;
  • Mempunyai sahsiah diri dan personaliti yang baik;
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain;
  • Tawaran adalah tertakluk kepada:
    • Penerimaan tawaran pengajian daripada IPTA;
    • Kemasukan ke semester 1, tahun 1;
    • Pengajian secara sepenuh masa.

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi):

  • Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Pengajian Tinggi;
  • Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR;
  • Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport;
  • Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:
    • Surat Beranak;
    • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga;
    • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja;
    • Surat tawaran kemasukan ke IPTA;
    • Keputusan / transkrip peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Pra-Universiti, Foundation dan Diploma;
    • Surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat.
  • Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan hantarkan ke Yayasan Wilayah Persekutuan:
YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 11, Menara DBKL 3,
Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur

Tel: +603 2698 3073
Faks:+603 2698 3075

Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.



Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi) 2016 / 2017 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

1 komen:

  1. Boleh kah saya memohon untuk bahagian kritikal seperti Ijazah Pergigian kemasukan Tahun 1, Semester 2. Saya masih belum mendapat tawaran biasiswa JPA

    BalasPadam

 
My Ping in TotalPing.com