Biasiswa Merdeka Khazanah Oxford Centre for Islamic Studies - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Merdeka Khazanah Oxford Centre for Islamic Studies

Biasiswa Merdeka Khazanah - Oxford Centre for Islamic Studies yang diwujudkan sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia bermatlamat untuk membolehkan pelajar Malaysia yang cemerlang untuk meneruskan pengajian Pasca Siswazah di Universiti Oxford.

Bidang pengajian boleh dipilih daripada pelbagai bidang. Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik berprestasi tinggi, dan bagaimana kajian mereka akan memberi sumbangan kepada keperluan masa depan Malaysia.

Tawaran biasiswa ini merangkumi yuran pengajian Universiti dan Kolej, penginapan dan elaun sara hidup, serta tiket penerbangan pergi dan balik. Tajaan biasiswa ini boleh diperbaharui setiap tahun sepanjang tempoh program pengajian.

Tarikh tutup: 22 Januari 2016 (Jumaat)
Yayasan Khazanah Oxford Center for Islamic Studies Merdeka Scholarship | Biasiswa
87 Senarai Biasiswa &Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Program Tajaan Biasiswa Biasiswa Merdeka Khazanah Oxford Centre for Islamic Studies:


Bidang pengajian yang ditaja di bawah program biasiswa ini termasuklah:
  • Perniagaan: Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Perundangan, Sains Aktuari;
  • Biosains: Biokimia, Bioteknologi, Biokejuruteraan, Biologi Molekul, Genomik dan Bioinformasi;
  • Kejuruteraan: Elektronik, Mikroelektronik, Nanoteknologi, Sains Bahan;
  • Bidang-bidang lain juga boleh dipertimbangkan.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Merdeka Khazanah Oxford Centre for Islamic Studies:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Mempunyai rekod pencapaian akademik yang cemerlang dan keupayaan yang terbukti untuk melakukan penyelidikan bebas;
  • Tumpuan juga diberi terhadap kualiti peribadi calon-calon dari segi potensi kepimpinan mereka dan keupayaan untuk berkomunikasi;
  • Calon-calon juga diharap untuk menunjukkan bagaimana kerjaya dan pengetahuan meluas mereka tentang Malaysia akan mendapat manfaat sepanjang tempoh pengajian di Oxford;
  • Calon disyaratkan untuk mendapat tempat di Universiti Oxford.

Cara Memohon Biasiswa Merdeka Khazanah Oxford Centre for Islamic Studies:


Pemohon dikehendaki mengemukakan perkara berikut:
  • Borang permohonan yang lengkap. Sila muat turun Borang Permohonan Biasiswa Merdeka Khazanah OXCIS;
  • Satu kenyataan peribadi yang ditandatangani tidak lebih daripada 1,000 patah perkataan yang menerangkan bidang pengajian pilihan dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada Malaysia. Tulisan itu juga perlu menyatakan sebab-sebab pemohon ingin belajar di Oxford, dan ringkasan sifat-sifat peribadi yang akan menjadikan mereka layak menerima biasiswa tersebut;
  • Senarai kelayakan akademik dan anugerah dan penghormatan lain yang diterima;
  • Satu penyata mengenai status permohonan mereka ke Universiti Oxford;
  • Dua surat sokongan daripada rujukan yang boleh menilai prestasi akademik dan potensi pemohon secara terperinci. Dua surat sokongan tersebut mesti sampai ke Oxford Centre for Islamic studies sebelum tarikh tutup permohonan;
  • Sila lihat laman web Universiti untuk syarat kelayakan akademik, proses permohonan dan tarikh tutup;
  • Semua surat-menyurat hendaklah dialamatkan kepada:

  • The Academic Administrator,
    Oxford Centre for Islamic Studies,
    George Street, Oxford OX1 2AR, UK

    Tel: 44 1865 278730 | Fax: 44 1865 248942
    Emel: academic.administrator@oxcis.ac.uk




Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)