05 Januari 2016

Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto (Masters) ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di luar negara dalam bidang sains dan teknologi (melainkan bidang Perubatan dan Perubatan Veterinar) di Universiti Tokyo.

Ia bertujuan untuk memupuk individu yang mampu memimpin Asia dalam pada abad ke-21 dan untuk menyumbang kepada pembangunan Asia dan dunia serta persefahaman antara Malaysia dan Jepun.

Tajaan biasiswa disediakan untuk tempoh maksimum 3 tahun, iaitu 1 tahun sebagai Pelajar Penyelidikan dan maksimum 2 tahun mengikuti program Sarjana.

Terdapat 2 jenis Biasiswa Ajinomoto:
  • Program Pelajar Penyelidikan + Program Pelajar Sarjana (Program 3 tahun);
  • Program Pelajar Sarjana (Program 2 tahun).
Tarikh tutup: 6 March 2016 (Ahad)
AJINOMOTO® Post-graduate Scholarship

Jumlah Tajaan Biasiswa Ajinomoto:

  • Elaun bulanan sebanyak ¥150,000 (bagi pelajar yang membuat kajian di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 1 tahun;
  • Elaun bulanan sebanyak ¥180,000 (bagi pelajar peringkat Sarjana di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 2 tahun;
  • Pembayaran penuh meliputi yuran peperiksaan, kemasukan dan tuisyen;
  • Tiket penerbangan sehala ke Jepun (lazimnya kelas ekonomi).

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus atau akan lulus ijazah daripada Kolej / Universiti dengan keputusan akademik yang cemerlang;
  • Mendapat sokongan daripada presiden universiti atau penasihat akademik atau selainnya berkelayakan untuk mendaftar di Universiti Tokyo;
  • Usia tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2017;
  • Pada dasarnya, pemohon mesti berupaya untuk mendapatkan kelulusan penerimaan sebagai seorang Pelajar Pascasiswazah Penyelidikan Antarabangsa (selepas ini dirujuk sebagai "Pelajar Penyelidikan"), dari University of Tokyo dan mendaftar sebagai Pelajar Penyelidikan sesi April 2017 atau Oktober 2017. Walau bagaimanapun, pemohon boleh mendaftar terus sebagai pelajar kursus sarjana daripada beberapa sekolah siswazah di Universiti Tokyo. Dalam kes itu, pemohon mesti berupaya untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran dari Universiti Tokyo dan didaftarkan sebagai pelajar kursus sarjana untuk April 2017 atau Oktober 2017;
  • Menguasai bahasa Jepun yang mencukupi untuk melakukan penyelidikan dan kajian dalam kursus sarjana, apabila mendaftar sebagai pelajar kursus sarjana di Universiti Tokyo;
  • Memohon dari Malaysia dan dapat menghadiri prosedur pemilihan apabila diperlukan;
  • Sihat fizikal dan mental serta bermotivasi tinggi untuk belajar;
  • Tidak menerima sebarang biasiswa daripada penaja lain.

Cara Memohon Biasiswa Ajinomoto:


  • Muat turun semua borang yang diperlukan dan appendiks untuk membuat permohonan Biasiswa Lepasan Ijazah AJINOMOTO® 2017 di bawah::
  • Sertakan borang permohonan, program pembelajaran yang telah dilengkapkan dan dokumen berikut ke dalam sampul surat:
    • Transkrip rekod pengajian asal yang dikeluarkan oleh Universiti atau sekolah pemohon (salinan transkrip tidak akan dilayan. Transkrip hendaklah ditulis dalam bahasa Inggeris atau Jepun);
    • Borang Cadangan yang lengkap (sama ada daripada Presiden universiti, Dekan atau Penasihat Akademik);
    • Lain-lain dokumen yang dapat menyokong permohonan (bergantng kepada kursus. Sila lihat Appendiks 2 untuk meklumat lanjut).
  • Hantarkan semua dokumen melalui pos kepada:

  • AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
    Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling
    58200 Kuala Lumpur
    Malaysia
Calon-calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila emel ke amb_scholarship@ajikl.com.my atau hubungi 03-79806958 (Ms Ann Foo / Cik Rahma).


Sumber: Ajinomoto (Malaysia) Berhad

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto (Masters) 2017 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com