27 Disember 2015

Tawaran Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia 2016

Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia (ALAM) mempelawa semua pelajar yang berkelayakan untuk memohon biasiswa kadet dalam bidang Diploma in Nautical Studies dan Diploma in Marine Engineering.

Program Tajaan Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia:

  • Navigating Officer Cadet (Diploma in Nautical Studies);
  • Marine Engineer Officer Cadet (Diploma in Marine Engineering).

Tarikh tutup: 10 Januari 2016 (Ahad)
Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia
88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015/2016

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Kadet ALAM:


  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan ini dibuka hanya untuk calon yang telah mempunyai keputusan SPM;
  • Keputusan SPM Percubaan tidak diterima untuk pengambilan Feb/Mac 2016.

Cara Memohon Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia:

  • Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Kadet ALAM di bawah (sila pilih 1 program sahaja):
    1. Diploma in Marine Engineering
    2. Diploma in Nautical Studies
  • Sila pastikan bahawa borang permohonan anda di hantar beserta dengan Borang PDPA yang telah lengkap diisi. Borang permohonan yang dihantar tanpa Borang PDPA tidak akan diproses;
  • Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui emel kepada alamintake@alam.edu.my sebelum 5.00 PM 10hb Januari 2016;
  • HANYA calon yang disenarai pendekkan sahaja akan dihubungi melalui emel untuk panggilan temuduga (sila bawa satu salinan borang yang telah dicetak semasa hari temuduga);
Calon yang berjaya perlu menghadiri 'Candidate Fitness Assessment (CFA)' yang merangkumi 6 ujian fizikal. Hanya calon yang berjaya di dalam ujian CFA sahaja yang akan ditawarkan tempat untuk berkursus.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Sekretariat Pengambilan di talian 06-3882 307 / 314.


Sumber: ALAM

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia 2016 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com