Skim Dermasiswa Dana Pendidikan MBSB 1 Malaysia - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Skim Dermasiswa Dana Pendidikan MBSB 1 Malaysia

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Yayasan Cemerlang bekerjasama untuk menyediakan peluang pendidikan kepada golongan yang memerlukan seperti yang terkandung di dalam rangka kerja Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

Skim Dermasiswa di bawah Program Dana Pendidikan MBSB 1 Malaysia ini adalah bantuan pendidikan yang merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup* pelajar sepanjang menjalani pendidikan tinggi di universiti-universiti tempatan yang terpilih.

Bidang Pilihan Dermasiswa Dana Pendidikan MBSB 1 Malaysia:

  • Pentadbiran Perniagaan;
  • Ekonomi;
  • Syariah/Kursus berkaitan Islam;
  • Kursus-kursus lain yang diluluskan MBSB.
Tarikh tutup: 25 Ogos 2015
Dermasiswa Dana Pendidikan MBSB Yayasan Cemerlang

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Dermasiswa pendidikan ini ditawarkan untuk rogram ijazah sarjana muda di mana-mana universiti berikut:
  1. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK);
  2. Universiti Teknologi MARA (UiTM);
  3. Universiti Malaya (UM);
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
  5. Universiti Sains Malaysia (USM);
  6. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
  7. Universiti Putra Malaysia (UPM);
  8. Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
  9. International Islamic University Malaysia (IIUM).

Syarat Kelayakan Dermasiswa Dana Pendidikan MBSB 1 Malaysia:

  • Warganegara Malaysia;
  • Terbuka kepada pelanggan MBSB atau anak-anak mereka sahaja;
  • Tiada bantuan kewangan daripada agensi lain;
  • Untuk program ijazah sarjana muda sahaja;
  • Aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum atau perkhidmatan khidmat masyarakat.

Cara Memohon Dermasiswa MBSB 1 Malaysia:

  • Muat turun » Borang Permohonan Dermasiswa MBSB;
  • Ikut arahan dalam borang permohonan;
  • Hantarkan permohonan kepada:

  • Malaysia Building Society Berhad,
    CORPORATE COMMUNICATION DEPARTMENT,

    5th Floor, Wisma MBSB,
    48, Jalan Dungun, Damansara Heights,
    50490 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut berkaitan program pendidikan ini, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-4000 atau emelkan kepada enquiry@mbsb.com.my.


Sumber: Malaysia Building Society Berhad (9417-K)
*Terms and conditions apply

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)