Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA (Master & PhD) 2016/2017 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA (Master & PhD) 2016/2017

Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menawarkan biasiswa luar negara untuk Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun (MJHEP) dalam bidang Kejuruteraan dan Sains di peringkat Master dan PhD bagi sesi akademik 2016/2017.

Pada bulan Mac yang lalu, seramai 30 pelajar terpilih tajaan YPM telah dihantar untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana muda selama dua tahun dalam bidang kejuruteraan di 21 buah universiti awam dan swasta di negara tersebut selepas berjaya menamatkan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Elektrikal dan Elektronik di bawah kelolaan YPM.

Sehubungan dengan itu, YPM mempelawa calon Bumiputera yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Skim Pembiayaan Pasca Siswazah bagi Bidang Kejuruteraan dan Sains seperti berikut:
  1. Kejuruteraan (Automotif / Mekanikal / Elektrikal / Elektronik / Mekatronik);
  2. Sains / Kejuruteraan Komputer;
  3. Sains (Matematik / Fizik / Kimia);
  4. Nanoteknologi;
  5. Bioteknologi;
  6. dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan teknologi terkini atau bidang lain yang dapat menyumbang kepada perkembangan industri di Malaysia.
Tempoh pembiayaan adalah dua (2) tahun bagi Ijazah Sarjana dan tiga (3) tahun bagi Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD).

Tarikh tutup: 31 Ogos 2015
Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA (Master & PhD) di TawaranBiasiswa.blogspot.com

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Syarat Kelayakan Minimum Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA (Master & PhD):

  • Mendapat (Kepujian) dari universiti Jepun yang diiktiraf. Pelajar tahun akhir yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda (bagi permohonan Ijazah Sarjana) / Ijazah Sarjana (bagi permohonan Ijazah Sarjana Kedoktoran PhD) di universiti-universiti Jepun yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga layak untuk memohon;
  • Keutamaan diberikan kepada kursus-kursus yang dapat menyumbang kepada keperluan pembangunan perindustrian Malaysia;
  • Mempunyai surat tawaran universiti untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Kedoktoran PhD dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau surat pengesahan pelajar bagi mereka yang dalam pengajian.
Kertas Cadangan Tesis hendaklah ditulis sendiri oleh calon dan mendapat sokongan dan kelulusan bakal Penyelia / Profesor.

Keutamaan akan diberikan kepada calon bergraduat tajaan YPM – Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi [DPPT] I, DPPT II, DPPT III dan MJHEP.

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA (Master & PhD):

  • Muat turun » Borang Permohonan Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA (Master & PhD);
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui email ke info@jadypm.edu.my selewat-lewatnya 31 Ogos 2015;
  • Borang permohonan (cetakan) beserta dokumen yang lengkap hendaklah sampai ke Yayasan Pelajaran MARA seperti alamat di bawah selewat-lewatnya 7 September 2015:

PENGARAH PROJEK
YAYASAN PELAJARAN MARA

Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun [MJHEP]
No. 19, Jalan TPS 1/5
Taman Pelangi Semenyih
43500 Semenyih, Selangor
MALAYSIA
[U/P: Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar]


Tel: +03- 8723 4044 / 1563 / 2616 / 3039
Fax: +03-8723 3053
Email: info@jadypm.edu.my

Hanya calon yang layak dan memenuhi kriteria sahaja akan dihubungi.


Sumber: Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)