15 Ogos 2015

Program Biasiswa Kumpulan UEM menawarkan peluang khusus untuk rakyat Malaysia yang cemerlang dan berprestasi tinggi untuk menjalani pengajian Ijazah Pertama di IPTA / IPTS terpilih.

Biasiswa ini meliputi perbelanjaan akademik termasuklah yuran pengajian dan peperiksaan, insurans, dan juga elaun buku, komputer dan sara hidup.

Pemohon yang berjaya perlu berkhidmat selama 3 tahun dengan Kumpulan UEM dan mendapat latihan kepimpinan, aktiviti pembangunan dengan ikatan kerja sepanjang program ini dan dalam tempoh yang terikat.

Tawaran biasiswa ini menawarkan tajaan untuk bidang-bidang berikut (* Tertakluk kepada kelulusan pemegang-pemegang amanah pada tahun penawaran):
  1. Perniagaan: Kewangan, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Ekonomi, Pemasaran;
  2. Alam Bina: Ukur Bahan, Perancangan Bandar, Ukur Tanah, Perkhidmatan Bangunan, Pengurusan Bangunan;
  3. Kejuruteraan: Sivil, Mekanikal, Elektrikal.
Tarikh tutup: 13 September 2015
Tawaran Biasiswa UEM

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

IPTA / IPTS Terpilih untuk Biasiswa UEM (institusi lain tidak akan dipertimbangkan):

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
  • Universiti Putra Malaysia (UPM);
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
  • Universiti Malaya (UM);
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
  • Universiti Sains Malaysia (USM);
  • Universiti Utara Malaysia (UUM);
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Semua cawangan;
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN);
  • Multimedia University (MMU).

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa UEM:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar STPM / Matrikulatiosi 2014, keputusan telah diumumkan untuk pendaftaran universiti pada bulan September;
  • Mendapat minimum PNGK 3.50;
  • Pemohon mestilah tidak terikat atau ditaja oleh mana-mana organisasi lain. Walau bagaimanapun, bantuan kewangan atau lain-lain yang diterima daripada Jabatan Kebajikan tidak dilarang;
  • Mahir dalam Bahasa Inggeris, rajin, dan mempunyai ciri-ciri keperibadian yang positif;
  • Rekod kokurikulum yang cemerlang merupakan satu kelebihan;
  • Pemilihan akhir juga bergantung kepada prestasi semasa temu duga.

Cara Memohon Biasiswa UEM:

  • Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian melalui » Permohonan Biasiswa Kumpulan UEM;
  • Pemohon perlu log masuk ke dalam sistem dan melengkapkan butiran dalam borang permohonan biasiswa;
  • Pemohon tidak perlu mengemukakan apa-apa dokumen. Dokumen sokongan hanya diperlukan semasa sesi temuduga.
Sebarang pertanyaan berkenaan Biasiswa UEM ini boleh diajukan melalui emel kepada scholarship.info@uemnet.com atau hubungi +603 2727 6850 / 6511/ 6439.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga. Jika anda tidak mendapat sebarang maklum balas selepas 2 bulan, permohonan anda dianggap tidak berjaya.


Sumber: UEM Group Berhad

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Kumpulan UEM 2015 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com