19 Ogos 2015

Program Biasiswa IPTA SONY merupakan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh SONY EMCS (Malaysia) Sdn Bhd untuk pelajar Ijazah Pertama yang ingin mengetengahkan kreativiti dan kemahiran teknologi mereka ke tahap yang optimum.

Sebagai sebuah syarikat global yang mempunyai reputasi cemerlang dalam industri elektronik audio visual selama bertahun-tahun, syarikat ini mengutamakan kepelbagaian kemahiran, pengalaman dan latar belakang budaya dalam menyumbang kepada pasukan yang dinamik , kreatif dan bertenaga.

Dengan pakej biasiswa bernilai RM9,000 setahun ini, penerima juga akan terikat dan perlu bersedia untuk berkhidmat dengan Sony EMCS (M) Sdn Bhd untuk tempoh masa tertentu setelah tamat pengajian.

Bidang Pilihan Biasiswa SONY IPTA:

  • Kejuruteraan: Elektrikal dan Elektronik, Mekanikal atau Perisian;
  • Perniagaan: Sumber Manusia, Ekonomi, Perakaunan dan Kewangan atau Pentadbiran;
  • IT atau Sains Komputer;
  • Bidang lain yang berkaitan dengan disiplin di atas.

Tarikh tutup: 19 September 2015
Biasiswa SONY EMCS IPTA Scholarship for Undergraduate Courses

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa IPTA SONY:


  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun semasa membuat permohonan;
  • Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang sedang berada dalam tahun kedua dan ketiga pengajian;
  • Keputusan akademik yang cemerlang di sekolah (SPM / O-Level), Pra-universiti (STPM / A-Level / Matrikulasi);
  • Kelayakan bagi pemegang Diploma dan pelajar Ijazah Pertama (untuk tahun / semester terkini) adalah minimum PNGK 3.00;
  • Fasih berbahasa Inggeris, rajin, mempunyai pencapaian akademik yang baik, personaliti yang positif serta aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon Biasiswa SONY:

  • Muat turun » Borang Permohonan Biasiswa SONY (Ijazah Pertama) 2015;
  • Sebaiknya cetak borang permohonan di atas kertas bersaiz A3 dua muka surat (2 sided), dengan setting Flip on Edge;
  • Borang permohonan yang lengkap dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke alamat berikut sebelum tarikh tutup:
  • Untuk Perhatian: Ms. Yih Wey / Ms. Sya
    Human Resource Division
    Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd
    Lot 5, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor Darul Ehsan

    No telefon: 03-89297117 | Emel: KLScholarship.SOEM@ap.sony.com

  • Sila tuliskan “SCHOLARSHIP” pada sudut atas sebelah kiri sampul surat apabila menghantar borang permohonan;
  • Semua permohonan akan disemak beserta dokumen sokongan (sila rujuk SENARAI SEMAK pada halaman terakhir untuk senarai dokumen yang diperlukan).
Hanya calon yang berjaya akan dihubungi melalui emel dan / atau panggilan telefon untuk temuduga.

Sumber: Unit Tajaan, BHEPA, USM

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa IPTA SONY (Ijazah Pertama) 2015 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com