07 Ogos 2015

Biasiswa Gadang Holding Berhad


Biasiswa Gadang ditawarkan kepada calon yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang, menunjukkan karakter teladan dan kualiti kepimpinan, dan yang paling penting mempunyai keinginan untuk berjaya dalam apa juga bidang yang dipilih.

Nilai biasiswa Gadang ini meliputi yuran pengajian atau RM10,000 (yang mana terendah) untuk setiap tahun pengajian dan jangka masa minimum yang diperlukan untuk menamatkan pengajian.

Setelah tamat pengajian, penerima biasiswa perlu berkhidmat dengan Syarikat atau mana-mana syarikat di bawahnya untuk satu jangka masa yang tertentu, bergantung kepada kekosongan jawatan yang berkaitan.

Bidang Pengajian Tajaan Biasiswa Gadang:

  1. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil (Struktur, Hidraulik, Geoteknik, Lebuhraya / Turapan);
  2. Ijazah Sarjana Muda Juruukur;
  3. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Bangunan;
  4. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Lebuhraya;
  5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan.
Tarikh tutup: 15 September 2015
Biasiswa Gadang di TawaranBiasiswa.blogspot.com

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Syarat Kelayakan Biasiswa Gadang:

  • Warganegara Malaysia berusia 23 tahun ke bawah;
  • Sedang menunggu tawaran atau sedang menyambung pengajian ijazah sarjana muda secara sepenuh masa di universiti tempatan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM / O-Level dan minimum 3A dalam STPM / A-Level atau setaraf (mana yang berkenaan);
  • Aktif dalam sukan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum;
  • Penguasaan bahasa Inggeris yang baik dalam penulisan dan pertuturan;
  • Pemohon yang sedang mengambil program ijazah sarjana muda mestilah mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dalam keputusan semester terkini;
  • Memerlukan bantuan kewangan.

Cara Memohon Biasiswa Gadang:

  • Sila muat turun Borang Permohonan Biasiswa Gadang 2015;
  • Borang permohonan perlu dilengkapkan secara bertulis oleh pemohon. Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan;
  • Sila kembalikan borang yang telah dilengkapkan kepada:
  • SECRETARIAT
    GADANG SCHOLARSHIP COMMITTEE
    GADANG HOLDINGS BERHAD

    Wisma Gadang, No. 52, Jalan Tago 2,
    Off Jalan Persiaran Utama, Sri Damansara
    52200 Kuala Lumpur

    Tel: +603-6275 6888 | Fax: +603-6275 0136

  • Semua pertanyaan berkaitan Biasiswa Gadang boleh ditujukan kepada kuanal@gadang.com.my;
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan.


Sumber: Gadang Holding Berhad

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Gadang Holding Berhad 2015 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com