Biasiswa Dana Pendidikan The Star 2016 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List
aa

Biasiswa Dana Pendidikan The Star 2016

Biasiswa Pendidikan The Star kini dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terpilih.

Biasiswa yang telah diasaskan pada tahun 1994 dengan nama The Star Education Fund ini bermatlamat untuk menyediakan peluang pendidikan kepada belia Malaysia yang layak dan memerlukan bantuan pendidikan dalam usaha The Star membangunkan masyarakat berpengetahuan.

Biasiswa The Star ini diberikan untuk jangka masa minimum yang diperlukan oleh penerima untuk menamatkan pengajian. Penerima biasiswa juga perlu berkhidmat dengan Star Media Group Berhad atau anak syarikatnya setelah tamat pengajian.

Tarikh tutup: 18 Mac 2016 (Jumaat)
Biasiswa The Star Education Fund

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Pendidikan The Star:

  • Warganegara Malaysia yang berusia tidak lebih daripada 25 tahun (kecuali untuk program pasca siswazah);
  • Keputusan yang baik dalam SPM / UEC atau setaraf (untuk progam Asasi / Diploma);
  • Keputusan yang baik dalam STPM / UEC atau setaraf (untuk progam Ijazah Pertama);
  • Cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum dan aktif dalam sukan;
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi menerusi penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan;
  • Tidak terikat atau menerima sebarang bantuan kewangan daripada institusi pendidikan atau organisasi lain;

Cara Memohon Biasiswa Pendidikan The Star:

  • Muat turun » Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan The Star 2016;
  • Lengkapkan borang permohonan dan hantarkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan kepada:

  • The Star Education Fund
    Star Media Group Berhad
    Menara Star, 15 Jalan 16/11 Section 16
    46350 Petaling Jaya
    Selangor

  • Permohonan yang lewat daripada tarikh tutup tidak akan dilayan. Sila ambil perhatian bahawa penajaan biasiswa ini hanya meliputi institusi dan program pengajian seperti yang disenaraikan di sini.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan.

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke edufund@thestar.com.my atau hubungi 03-7967 1388 (ext 1642 / 1643).


Sumber: Star Media Group Berhad

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)