Tawaran Biasiswa Australian International School Malaysia (AISM) - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Biasiswa Australian International School Malaysia (AISM)

Biasiswa Australian International School Malaysia (AISM) menawarkan dua tahun biasiswa penuh kepada pelajar Malaysia dan expatriat yang berminat untuk mendaftar di institusi berkenaan bagi Tahun 11 dan Tahun 12.

Pelajar yang dianugerahkan biasiswa akan melanjutkan program matrikulasi dua tahun untuk Tahun 11 dan 12, sebelum dikurniakan Sijil Tinggi Persekolahan (HSC) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tawaran biasiswa adalah berdasarkan kepada kekuatan prestasi akademik, penglibatan kokurikulum , kemahiran komunikasi dan keadaan kewangan pelajar. Biasiswa ditawarkan untuk semua mata pelajaran yang terdapat di AISM .

Tarikh tutup: 26 Ogos 2015
Australian International School Malaysia Scholarship

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Biasiswa Pra-Universiti AISM

  • Biasiswa pra-universiti atau matrikulasi ini ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan ekspatriat yang berminat untuk mengikuti dua tahun terakhir persekolahan iaitu Tahun 11 dan 12 di AISM, yang menganugerahkan mereka sijil HSC;
  • Sijil HSC adalah kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa setaraf dengan A-level , Diploma IB dan kursus pra-universiti yang lain;
  • Biasiswa ini menggalakkan pelajar untuk mencapai prestasi terbaik dan ketegasan akademik serta melibatkan diri secara aktif komuniti AISM.

Biasiswa AISM untuk Pelajar Malaysia (calon SPM 2015)

  • AISM menawarkan biasiswa penuh dan separa untuk warganegara Malaysia yang tidak mendaftar di AISM tetapi bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini;
  • Pembiayaan ini merangkumi kos yuran permohonan, kemasukan, pengajian dan teknologi untuk Tahun 11 dan 12. Penganugerahan biasiswa adalah berdasarkan kekuatan prestasi akademik pelajar, latar belakang yang kukuh dalam aktiviti lain termasuk kepimpinan, sukan dan seni dan penglibatan komuniti sekolah. Keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak berpeluang untuk mendaftar;
  • Penerima biasiswa akan mendaftar Tahun 11 pada Januari 2016 serta meneruskan Tahun 12 dan peringkat HSC pada tahun 2017. Bergantung kepada prestasi pelajar, biasiswa ini juga boleh dilanjutkan di Universiti Taylor.

Biasiswa AISM untuk Pelajar Expatriat (menduduki IGCSE, O-Levels atau setaraf pada tahun 2015)

  • AISM menawarkan biasiswa penuh dan separa untuk pelajar Expatriat yang tidak mendaftar di AISM tetapi bakal menduduki peperiksaan IGCSE, O-Levels atau setaraf pada tahun ini;
  • Pembiayaan ini merangkumi kos yuran permohonan, kemasukan, pengajian dan teknologi untuk Tahun 11 dan 12. Penganugerahan biasiswa adalah berdasarkan kekuatan prestasi akademik pelajar, latar belakang yang kukuh dalam aktiviti lain termasuk kepimpinan, sukan dan seni dan penglibatan komuniti sekolah. Keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak berpeluang untuk mendaftar;
  • Penerima biasiswa akan mendaftar Tahun 11 pada Januari 2016 serta meneruskan Tahun 12 dan peringkat HSC pada tahun 2017.

Cara Memohon Biasiswa AISM:

  • Sila muat turun Borang Permohonan Biasiswa AISM berikut:
  • Hantarkan semua borang permohonan dan dokumen sokongan melalui pos atau hantar sendiri ke alamat di bawah:

  • The Principal
    Australian International School Malaysia
    22, Jalan Anggerik, The Mines Resort City
    43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

  • Jika anda ingin menyerahkan sendiri dokumen berkenaan ke AISM, sila hubungi 03-8949 5000 (Penyambut Tetamu) untuk menyampaikan borang dan dokumen permohonan anda;
  • Semua pertanyaan mengenai Biasiswa AISM boleh ditujukan kepada paprincipal@aism.edu.my atau hubungi Penolong Pengetua di talian 03-8949 5000.



Sumber: Australian International School Malaysia (AISM)

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)