10 Ogos 2015

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan tajaan pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk semua huffaz al-Quran yang telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Malaysia, Mesir dan Jordan untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi mengikuti pengajian sepenuh masa sesi pengajian 2015/2016.

Di samping memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian al-Quran, JAKIM turut berharap skim ini dapat membantu para huffaz al-Quran yang akan atau sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Tawaran biasiswa SPH ini terbuka kepada semua bidang pengajian.

Tarikh tutup: 17 Ogos 2015

Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan Hafiz:
  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki Sijil Tahfiz al-Quran Jakim, Diploma Tahfiz al-Quran Jakim atau Sijil Tahfiz Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 15 tahun dan tidak melebihi 25 tahun;
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas; dan
  • Memenuhi syarat kelayakan akademik minimum seperti berikut:
    1. Diploma Tahfiz al-Quran Jakim PNGK 2.75 ke atas; ATAU
    2. SPM 5 Kepujian / STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab) / STAM Pangkat Jayyid Jiddan; dan
    3. Sijil Tahfiz al-Quran Jakim PNGK 3.0 ke atas; ATAU
    4. SPM 5 Kepujian / STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab) / STAM Pangkat Jayyid Jiddan; dan
    5. STM Pangkat Mumtaz.

Pelajar yang tidak layak memohon adalah seperti yang berikut:
  1. Calon yang telah mendapat tajaan / pinjaman / biasiswa daripada mana-mana penaja;
  2. Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Asasi / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa;
  3. Penjawat awam; dan
  4. Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

Cara Memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH):
  • Semua permohonan hanya boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian secara percuma dengan melayari portal SPH JAKIM di http://sph.islam.gov.my;
  • Pemohon dibenarkan mengemas kini maklumat yang telah diisi pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan. Hanya maklumat yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  • Borang permohonan dalam talian yang dimuat turun, dicetak, dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  • Permohonan secara dalam talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam ruangan cetak slip;
  • Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak dan menyemak maklumat yang terkandung di dalam "slip pengesahan permohonan SPH 2015" sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.
Sebarang pertanyaan mengenai SPH boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Insan Jakim di talian 03-83182218 / 1579.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2015/2016 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

1 komen:

  1. Alhamdulillah semakin banyak peluang untuk dapatkan biasiswa..cuma peluang-peluang ini perlu diketengahkan lg supaya sampai pada golongan sasaran.

    BalasPadam

 
My Ping in TotalPing.com