17 Julai 2013

Biasiswa OYL Malaysia 2013 dibuka untuk pelajar Ijazah Pertama yang menjalani pengajian mereka di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Penerima biasiswa dikehendaki untuk berkhidmat dengan penaja sekurang-kurangnya 3-4 tahun setelah tamat pengajian.

Selain bekerja dengan penaja atau mana-mana anak syarikat Kumpulan OYL Malaysia, penerima biasiswa juga perlu menjalani latihan semasa cuti semester. Sekiranya meletak jawatan atau diberhentikan sebelum tamat tempoh perkhidmatan, penerima biasiswa dikehendaki untuk membayar semula biasiswa OYL Malaysia 100%.

Tarikh tutup: 22 Julai 2013
Biasiswa OYL Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan, Perakaunan, Elektrikal dan Elektronik, Sains

Bidang Terpilih:
  • Kejuruteraan (keutamaan diberi untuk bidang Elektrikal dan Elektronik, Mekanikal, Mekatronik, Pembuatan);
  • Teknologi Maklumat;
  • Perakaunan;
  • Perniagaan / Pengurusan;
  • Sains.

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa;
  • Telah menerima kemasukan ke IPTA bagi tahun akademik 2013;
  • Mempunyai keputusan pencapaian yang baik:
    • SPM atau setaraf – minimum 6A dan lulus semua subjek. Keputusan yang baik dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia;
    • STPM atau setaraf – minimum 2A dan lulus semua subjek;
    • MUET atau setaraf – sekurang-kurangnya Band 4.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang tinggi;
  • Kemahiran komunikasi yang baik dan bersikap positif;
  • Sihat tubuh badan;
  • Tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak;
  • Bebas daripada sebarang ikatan pekerjaan pada masa akan datang;
  • Keutamaan diberi kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.

Cara Memohon:
  • Muat-turun Borang Permohonan Biasiswa OYL Malaysia 2013;
  • Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Ms Lee Yin Peng (leeyp@oyl.com.my) atau Ms Yap Siew Ling (yapsl@oyl.com.my);
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada alamat berikut:

    Lot 60334, Persiaran Bukit Rahman Putra 3,
    Taman Perindustrian Bukit Rahman Putra,
    47000, Sungai Buloh, Selangor.

Hanya calon-calon yang disenarai-pendek sahaja yang akan dimaklumkan. Pemilihan akhir adalah berdasarkan keputusan temuduga.



Sumber: Holding Company of O.Y.L Group

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa OYL Malaysia (Ijazah Pertama) 2013 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com