28 Jun 2013

Biasiswa Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) 2013 merupakan satu elemen dalam tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan. Selain berpeluang untuk menjalani Program Pembangunan Graduan, pendedahan dan pengalaman kerja menerusi latihan di pelbagai anak syarikat, penerima biasiswa juga tidak perlu risau tentang haluan kerjaya kerana akan terikat untuk berkhidmat kepada penaja selama 10 tahun.

Berdasarkan perancangan progresifnya, BPMB menjemput rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang terpilih di institusi berikut:

[BUKA] Universiti-universiti UK [TUTUP] Universiti-universiti UK
Kriteria Permohonan:
  • Menepati syarat kelayakan umum;
  • Telah menamatkan program Pra-universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma;
  • Mendapat minimum 3A dalam program atau sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dalam pengajian Pra-universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma;
  • Menerima tawaran bersyarat daripada universiti yang diiktiraf oleh pihak Bank bagi sesi pendaftaran 2013;
  • Nota: Pencapaian akademik sebelumnya akan diambil kira.
Senarai Universiti Terpilih:
Biasiswa ini terbuka kepada pemohon yang ingin belajar di universiti-universiti berikut di United Kingdom:
  • Cardiff University;
  • Imperial College London;
  • King's College London;
  • London School of Economics & Political Sciences;
  • University of Birmingham;
  • University of Bristol;
  • University of Cambridge;
  • University of Glasgow;
  • University of Kent;
  • University of Leeds;
  • University of Manchester;
  • University of Nottingham;
  • University of Oxford;
  • University of Sheffield;
  • University of Warwick.

[BUKA] Universiti-universiti AS [TUTUP] Universiti-universiti AS
Kriteria Permohonan:
  • Menepati syarat kelayakan umum;
  • Telah menamatkan program Pra-universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma dengan PNGK minimum 3.50;
  • Telah mengambil kertas SAT I dengan keputusan sekurang-kurangnya 1200 mata (untuk 2 subjek) atau 1600 mata (untuk 3 subjek) dan minimum 100 mata untuk TOEFL;
  • Menerima tawaran bersyarat daripada universiti yang diiktiraf oleh pihak Bank bagi sesi pendaftaran 2013;
  • Nota: Pencapaian akademik sebelumnya akan diambil kira.
Senarai Universiti Terpilih:
Biasiswa ini terbuka kepada pemohon yang ingin belajar di universiti-universiti berikut di Amerika Syarikat:
  • Brown University, Rhode Island;
  • Carnegie Mellon University, Pennsylvania;
  • Case Western Reserve University, Ohio;
  • Columbia University, New York;
  • Cornell University, New York;
  • Georgetown University, Washington DC;
  • Harvard University, Massachusetts;
  • John Hopkins University, Baltimore;
  • Massachusetts Institute of Technology, Massachusetts;
  • Michigan State University, East Lansing;
  • New York University, New York;
  • Northwestern University, Illinois;
  • Stanford University, California;
  • University Of Chicago;
  • University of Michigan;
  • University of Pennsylvania;
  • University Of Texas, Austin;
  • University Of Washington, Seattle;
  • University Of Wisconsin, Madison.

[BUKA] Universiti-universiti Australia [TUTUP] Universiti-universiti Australia
Kriteria Permohonan:
  • Menepati syarat kelayakan umum;
  • Telah menamatkan program Pra-universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma (South Australian Certificate of Education, Australian Matriculation, Western Australia Certificate of Education) dengan keputusan ATAR 80 mata ke atas;
  • Menerima tawaran bersyarat daripada universiti yang diiktiraf oleh pihak Bank bagi sesi pendaftaran 2013;
  • Nota: Pencapaian akademik sebelumnya akan diambil kira.
Senarai Universiti Terpilih:
Biasiswa ini terbuka kepada pemohon yang ingin belajar di universiti-universiti berikut di Australia:
  • Australian National University;
  • Macquarie University;
  • University of Adelaide;
  • University of Melbourne;
  • University of New South WalesUniversity of Sydney;
  • University of Western Australia.


Senarai universiti pilihan di atas tidak terhad. Biasiswa ini juga dibuka kepada pemohon yang ingin belajar di luar negara pilihan lain seperti Kanada dan New Zealand.

Biasiswa akan ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti bidang pengajian berikut yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA):
  • Perniagaan: Perakaunan, Perbankan dan Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi;
  • Kejuruteraan dan Teknologi: Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
  • Bidang lain berkaitan perbankan: Perundangan, Matematik, Statistik.
Tarikh tutup: 31 Julai 2013
Biasiswa Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk Pengajian Luar Negara

Syarat Kelayakan Umum:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur di antara 17 - 23 tahun;
  • Mendapat straight A dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf;
  • Telah menamatkan program Pra-universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma dan mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam pengajian A-Level atau PNGK minimum 3.50;
  • Telah mendapat tempat di universiti luar negara yang terpilih dalam bidang-bidang di atas;
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik;
  • Berupaya menunjukkan potensi dan kualiti kepimpinan;
  • Aktif dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan sukan;
  • Pemohon mestilah bukan penerima biasiswa atau bantuan pendidikan daripada mana-mana organisasi;
  • Menyediakan seorang penjamin.
Cara Memohon:
  • Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Bank Pembangunan Malaysia 2013;
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dihantar sebelum tarikh tutup di atas kepada scholarship_app@bpmb.com.my atau alamat di bawah:

  • MALAYSIA DEVELOPMENT BANK SCHOLARSHIP AWARD 2013
    Aras 20, Menara Bank Pembangunan,
    Bandar Wawasan, No 1016 Jalan Sultan Ismail,
    50250 Kuala Lumpur
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklum untuk temuduga.


Sumber: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Bank Pembangunan Malaysia Berhad 2013 untuk Ijazah Luar Negara ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com