Biasiswa Yayasan Wah Seong 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Yayasan Wah Seong 2013

Biasiswa Yayasan Wah Seong 2013 ditawarkan oleh Wah Seong Corporation Berhad (WSCB), sebuah kumpulan perkhidmatan minyak dan gas kepada para pelajar yang memerlukan bantuan pendidikan. Tawaran biasiswa ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) WSCB bagi kursus ijazah pertama sepenuh masa di universiti-universiti awam di Malaysia.

Antara bidang pengajian yang ditaja oleh Biasiswa Yayasan Wah Seong adalah seperti berikut:
  • Kejuruteraan;
  • Kewangan dan Perakaunan;
  • Pentadbiran Perniagaan;
  • Pengurusan;
  • Sains Komputer;
  • Sumber Manusia;
  • Perundangan;
  • Komunikasi Massa.
Tarikh tutup: 15 Jun 2013
Tawaran Biasiswa Yayasan Wah Seong | Scholarship

Syarat Kelayakan:
Untuk layak memohon Biasiswa Yayasan Wah Seong 2013, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
  • Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia;
  • Pemohon yang sedang melanjutkan pengajian, berdaftar atau memohon untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) layak memohon;
  • Pemohon menunjukkan penglibatan berterusan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum (sukan berkumpulan atau individu, khidmat kesukarelawanan, bekerjasama dengan kelab atau persatuan yang diiktiraf).
Cara Memohon:
  • Pemohon boleh memuat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan Wah Seong 2013;
  • Borang permohonan biasiswa yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar sama ada melalui pos, faks atau emel kepada alamat berikut:

  • Scholarship Awards Committee,
    Yayasan Wah Seong,
    Wah Seong Corporation Berhad,
    No 59-09, The Boulevard,
    Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
    59200 Kuala Lumpur

    Tel: +603-2281 2222 | Fax: +603-2281 2223
    Email: yayasan@wahseong.com
     
  • Tarikh tutup adalah pada 15 Jun 2013.
Sila maklum bahawa hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga awal.


Sumber: Wah Seong Corporation Berhad

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)