14 Jun 2016

Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad (PPB) ditawarkan setiap tahun untuk memberi peluang pendidikan kepada generasi pelapis bangsa dan membina masa hadapan yang lebih baik untuk pelajar Malaysia yang berkelayakan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Tawaran biasiswa oleh Putrajaya Perdana Berhad ini merangkumi bidang pengajian berikut:
  • Kejuruteraan Sivil / Struktur;
  • Kejuruteraan Elektrikal / Mekanikal;
  • Ukur Bahan;
  • Pengurusan Bangunan / Pembinaan.

Tarikh tutup: 15 Jun 2016 Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad | Biasiswa

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad (PPB):

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berusia di antara 19 - 25 tahun;
  • Pemohon mestilah merupakan pelajar sepenuh masa di universiti atau kolej tempatan;
  • Telah mendapat ATAU sedang memohon untuk menyambung pengajian di universiti awam / swasta dan kolej dalam negara (bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda yang baru, sila emelkan surat penerimaan sebaik sahaja anda mendapatkannya);
  • Keputusan SPM / STPM / Diploma dan Matrikulasi (PNGK minimum 3.5) atau mana-mana keputusan berkaitan;
  • Tidak menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain.

Cara Memohon Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad:

  • Sila lengkapkan Borang Permohonan Online Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad 2016;
  • Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh berhubung melalui butiran berikut:

  • Corporate Communications Department
    PUTRAJAYA PERDANA BERHAD (465327-P)
    3rd Floor, No. 5 Jalan P16, Precinct 16, 62150 Putrajaya
    Tel: 03-8886 8888 | Emel: info@p-perdana.com
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.


Sumber: PPB

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad 2016 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com