01 April 2013

Tawaran Biasiswa Genting Malaysia 2013 menawarkan peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di dalam mahupun luar negara. Genting Malaysia menyediakan bantuan kewangan untuk pengajian ijazah pertama kepada mereka yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

Antara program yang ditawarkan di bawah Biasiswa Genting Malaysia ini adalah:
  • Keraian dan Hospitaliti
  • Kewangan / Perakaunan
  • Perniagaan / Pemasaran
  • Kejuruteraan (Elektrikal/Elektronik/Mekanikal)
  • Sumber Manusia
  • Sains Sosial
  • Linguistik
Tarikh tutup: 14 April 2013
Tawaran Biasiswa Genting Malaysia | Genting Malaysia Scholarship

Syarat Kelayakan:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 23 tahun ke bawah;
  • Sedang menunggu tawaran pengajian ijazah pertama secara sepenuh masa di universiti tempatan atau luar negara. Mereka yang sedang mengikuti pengajian ijazah pertama tidak layak untuk memohon;
  • Memenuhi syarat kelayakan pra-universiti seperti berikut:
    • STPM: sekurang-kurangnya 3A; atau
    • Matrikulasi / Diploma: PNGK 3.5 ke atas; atau
    • A-Level: minimum 3A; atau
    • Australian TER: sekurang-kurangnya 90.0; atau
    • Bidang pengajian yang diiktiraf di peringkat Asasi / Pra-universiti: setaraf dengan PNGK 3.5 ke atas; atau
    • Baccalaureate Antarabangsa (International Baccalaureate): minimum 36.0.
  • Kemahiran kepimpinan yang tinggi yang ditunjukkan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Belum menerima mana-mana biasiswa atau pinjaman pelajaran yang lain;
  • Pengalaman kerja, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, kelayakan profesional dan pencapaian yang bersesuaian merupakan satu kelebihan;
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang pengajian dan universiti terpilih, sila rujuk di sini.
Cara Memohon:
  • Permohonan Biasiswa Genting Malaysia 2013 hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang Resort World Genting Malaysia;
  • Semua butiran (seperti maklumat peribadi, bidang yang dipohon, butiran ibubapa / penjaga, latar belakang pendidikan, dsb) mesti dilengkapkan. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak;
  • Permohonan biasiswa dan semua dokumen sokongan berikut hendaklah dihantar secara atas talian (online) sebelum tarikh tutup:
    • Gambar (ukuran pasport);
    • Sijil-sijil akademik (STPM / A-Level dan/atau Diploma, penerimaan universiti / surat tawaran, dsb);
    • Resume terkini – termasuk sijil-sijil, aktiviti ko-kurikulum dan pencapaian pemohon;
    • Borang cukai pendapatan ibubapa / penjaga (Borang J);
    • Satu (1) halaman PowerPoint mengenai ringkasan profil peribadi, aspirasi, latar belakang akademik dan maklumat berkaitan untuk membantu pihak Genting Malaysia memahami diri pemohon dan mengapa anda layak untuk mendapat biasiswa tersebut.
  • Semua dokumen yang dilampirkan hendaklah tidak melebihi 6MB dan setiap lampiran terhad kepada 500KB sahaja. Sila kurangkan saiz fail yang hendak dilampirkan bagi memudahkan proses permohonan.
Sila maklum bahawa permohonan hanya boleh dibuat secara online. GENTING MALAYSIA TIDAK MENERIMA SALINAN DOKUMEN SECARA FIZIKAL. Tarikh tutup adalah pada 14 April 2013.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.



Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Tawaran Biasiswa Genting Malaysia 2013 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com