20 Mac 2013

Tawaran Biasiswa Khazanah-Cambridge 2013 ditawarkan kepada mereka yang bercadang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama atau ijazah lanjutan di Universiti Cambridge.

Biasiswa Khazanah-Cambridge yang dimulakan pada tahun 2009 ditaja bersama oleh Yayasan Khazanah, Cambridge Commonwealth Trust dan Pusat Pengajian Komanwel Malaysia.

Biasiswa Yayasan Khazanah ini meliputi tempoh penuh kursus pengajian, dan menyediakan yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup bulanan, tambang tiket kapal terbang pergi balik dan peruntukan lain seperti elaun buku dan elaun akhir pengajian.
Tarikh tutup: 8 April 2013
Tawaran Biasiswa Khazanah Cambridge 2013 untuk Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Cambridge sama ada dengan bersyarat atau tanpa syarat, serta memenuhi keperluan di bawah:
Biasiswa Khazanah-Cambridge 2013 untuk Ijazah Pertama (Undergraduate)
  • Umur tidak melebihi 21 tahun;

  • Mesti mempunyai rekod akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya 3A dalam keputusan sebenar atau ramalan, atau menunjukkan bukti prestasi yang cemerlang sepanjang pengajian pra-universiti;

  • Mendapat kemasukan atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti (Sila lampirkan surat pegesahan daripada universiti pada bahagian ‘Attachments’).
Klik untuk memohon Biasiswa Khazanah-Cambridge 2013 untuk Ijazah Pertama
Biasiswa Khazanah-Cambridge 2013 untuk Pasca Ijazah (Postgraduate)
  • Umur tidak melebihi 40 tahun;

  • Mesti mempunyai ijazah Kelas Pertama atau Kelas Kedua (Atas) dengan kepujian, atau sekurang-kurangnya PNGK 3.5 atau setaraf. Bagi pemohon Ijazah Kedoktoran dengan Ijazah Sarjana, mereka perlu menunjukkan laporan tesis yang baik. Jika kelayakan rasmi belum diperakukan, pemohon harus menunjukkan bukti prestasi cemerlang sepanjang pengajian mereka.

  • Mendapat kemasukan atau sedang mengikuti satu daripada pengajian sepenuh masa berikut di universiti (Sila lampirkan surat pegesahan daripada universiti pada bahagian ‘Attachments’)

    • Kajian yang membawa kepada Ijazah Kedoktoran;

    • Kursus-kursus pascasiswazah setahun (seperti MPhil, LLM, MBA dan seumpamanya).
Klik untuk memohon Biasiswa Khazanah-Cambridge 2013 Pasca Ijazah
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Yayasan Khazanah
Level 33, Tower 2, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 03-20340000
Fax: 03-20340440



Sumber: Yayasan Khazanah

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Tawaran Biasiswa Khazanah-Cambridge 2013 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com