Tajaan Biasiswa Khas JPA 2013 Ijazah Luar Negara - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tajaan Biasiswa Khas JPA 2013 Ijazah Luar Negara

PERMOHONAN TAJAAN JPA TAHUN 2013 KEPADA PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 DI BAWAH PROGRAM KHAS (JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) menawarkan Biasiswa Khas 2013 untuk Ijazah Luar Negara kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman di peringkat Ijazah Pertama mulai 25 Mac 2013 (Isnin) Jam 5:00 petang sehingga 1 April 2013 (Isnin).

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2012 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Tarikh tutup: 1 April 2013
PERMOHONAN TAJAAN JPA TAHUN 2013 KEPADA PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 DI BAWAH PROGRAM KHAS (JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA)
Syarat Kelayakan:
Cara Memohon:
  • Pelajar perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (on-line) melalui Sistem ePermohonan Biasiswa Tajaan JPA mulai 25 Mac 2013;
  • Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui keputusan panggilan temu duga JPA pada 12 April 2013;
  • Temu duga dan Student Assessment Center (SAC) JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 23 hingga 26 April 2013; dan
  • Kriteria pemilihan adalah berdasarkan 4 kategori dengan mengambil kira faktor ko-kurikulum, latar belakang sosioekonomi keluarga, temu duga dan sesi pemilihan khas di bawah Student Assessment Centre (SAC);
Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3704 (10 talian), pada setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat penawaranlsp@jpa.gov.my.

Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan Program Khas JPA tahun 2013.


Sumber: Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) Jabatan Perkhidmatan Awam

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)