20 Mac 2013

Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akedamik 2014 untuk program Ijazah Lanjutan (Postgraduate) telah dibuka untuk permohonan mulai 19 Mac 2013 hingga 5 April 2013.

Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 143,000 yen (ang. RM4,700) akan diberikan kepada penerima biasiswa Ijazah Lanjutan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Tarikh tutup: 5 April 2013
Tawaran BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2014 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) PERINGKAT IJAZAH LANJUTAN
Syarat Kelayakan:
  • Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1979);
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana (minimum CGPA 3.4) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal; dan
  • Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.
Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT).

Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
  • Berkhidmat secara tetap;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh kursus bermula (1 April 2014);
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2009, 2010 & 2011 atau 2010, 2011 & 2012);
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
  • Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dari tarikh permohonan).
Untuk mendapatkan dokumen permohonan dan rujukan, sila dapatkan di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.


Sumber: Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (Monbukagakusho:MEXT) Ijazah Lanjutan ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com