Tawaran Bantuan Siswazah Tunku Abdul Rahman 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Bantuan Siswazah Tunku Abdul Rahman 2013

Penerima Bantuan Siswazah Tunku Abdul Rahman (BSTAR) 2013 ini dipilih daripada graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dalam negara yang berlatar belakang keluarga miskin.

1. Syarat-Syarat Permohonan
  • Syarat Asas
    • i. Warganegara Malaysia
    • ii. Tamat pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam negara di antara 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013
    • iii. Berlatarbelakang keluarga miskin
  • Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
    • Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.50 dan ke atas.
    • Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang / aktif dalam ko-kurikulum.
Tarikh tutup: 30 September 2013
Tawaran Bantuan Siswazah Tunku Abdul Rahman 2013
2. Kadar Bantuan
Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi dalam bentuk pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

3. Pengesahan Pendapatan Keluarga
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

4. Permohonan
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Siswazah Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti dibuat dengan sokongan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) univeristi. Jika tidak, ia akan ditolak.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.


Sumber: Yayasan TAR

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)