Dana Biasiswa Tun Rahah 2013 – Yayasan Cemerlang - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Dana Biasiswa Tun Rahah 2013 – Yayasan Cemerlang

Dana Biasiswa Tun Rahah 2013 – Yayasan Cemerlang ini menawarkan anugerah biasiswa kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti tempatan terpilih. Dengan adanya anugerah biasiswa ini, para calon yang terpilih berpeluang untuk membangun potensi diri sepenuhnya, memenuhi aspirasi dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Dana Biasiswa Tun Rahah 2013 – Yayasan Cemerlang diasaskan oleh Tun (Dr.) Hajjah Rahah Binti Tan Sri Mohd Noah, bertujuan menyemai potensi di kalangan generasi muda Malaysia yang layak demi membantu mereka meneruskan pengajian berkualiti di mana-mana universiti tempatan terpilih.

Tarikh tutup: 6 September 2013
Tawaran Biasiswa Tun Rahah - Yayasan Cemerlang untuk peringkat Ijazah Pertama dan Sarjana | Scholarships
Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Untuk program Ijazah Pertama, minimum 5A dalam SPM / 3A dalam STPM;
  • Bagi program Sarjana (Master), PNGK minimum 3.00 dari mana-mana universiti yang diiktiraf;
  • Memiliki rekod pencapaian dalam aktiviti ko-kurikulum tambahan atau khidmat komuniti sosial;
  • Memperlihatkan komunikasi interpersonal dan ciri-ciri kepimpinan yang baik;
  • Tiada bantuan kewangan daripada agensi lain;
  • Khusus untuk pelajar ambilan baru (Asasi, Matrikulasi, Ijazah Pertama, Sarjana);
  • Sila rujuk senarai universiti tempatan yang terpilih seperti berikut:
    • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • Universiti Malaya (UM)
    • Universiti Putra Malaysia (UPM)
    • Sains Islam Malaysia (USIM)
    • Universiti Sains Malaysia (USM)
    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
Bidang Pengajian:
  • Business Management (Entrepreneurship)
  • Business Administration (Islamic Financial Planning)
  • Business Administration (Islamic Banking & Finance)
  • Business Administration (Insurance)
  • Accounting (CPA Australia)
  • Taxation
  • Leadership
  • Government and Public Policy
  • Economics
  • Political Science
  • Social Sciences
  • Law
  • Syariah
Cara Memohon:
1. Pastikan anda telah membaca terma dan syarat yang ditetapkan;
2. Muat turun borang permohonan Biasiswa Tun Rahah 2013 - Yayasan Cemerlang;
3. Lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang diberi dan hantarkan ke alamat berikut:

Yayasan Cemerlang
Level 4, Block D,
Capital Square No 8,
Jalan Munshi Abdullah,
50100 Kuala Lumpur


Maklumat Biasiswa:
Penerima dana biasiswa ini layak untuk mendapat sama ada:
  • Biasiswa penuh: merangkumi yuran pengajian, kos sara hidup dan pengecualian penuh ke atas semua pendaftaran yang terlibat, ATAU
  • Dermasiswa (Bursary): Yuran pengajian sahaja.
Anugerah biasiswa ini tidak boleh ditukar milik atau ditebus dengan wang tunai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Dana Biasiswa Tun Rahah 2013 – Yayasan Cemerlang atau hantarkan emel ke trsf@yayasancemerlang.org.my.



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)