22 Februari 2016

Tawaran Biasiswa Maybank menawarkan biasiswa pendidikan dan tajaan kepada calon yang berkelayakan untuk membantu mereka meneruskan pengajian serta membina kerjaya bersama kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar negara.

Tawaran Biasiswa Maybank memberikan bantuan kewangan penuh seperti yuran pendaftaran, laptop, kediaman dan wang saku untuk peringkat Pra-U / Asasi, sehingga ke peringkat Ijazah dalam dan luar negara. Calon yang berjaya juga akan mengikuti Kursus Persediaan Kerjaya termasuklah latihan industri, kerja kursus perniagaan, perbentangan dan latihan komunikasi efektif. Setelah tamat pengajian, calon perlu berkhidmat dengan syarikat dalam tempoh 3-5 tahun (tertakluk kepada skim).

Bagi penajaan Maybank pula, calon yang berjaya turut mendapat bantuan kewangan penuh dan terlibat dengan Kursus Persediaan Kerjaya. Namun, penajaan tanpa ikatan ini hanya untuk mereka yang ingin menyambung pengajian di dalam negara dan jumlah pendapatan isi rumah tahunan tidak melebihi RM40,000.

Tarikh tutup: 20 Mac 2016 (Ahad)
Biasiswa Maybank Foundation Scholarship Award

Syarat Kelayakan Biasiswa Maybank:
Syarat Pemberian Biasiswa Maybank:
  • Minimum 6A dalam SPM 2015 atau setaraf;
  • Jumlah pendapatan tahunan isi rumah tidak melebihi RM150,000;
  • Pengalaman kepimpinan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum;
  • Pemohon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa atau tajaan daripada mana-mana organisasi atau yayasan;
  • Bidang Tajaan: Perakaunan, Kewangan, Pengurusan, Pemasaran, IT, Ekonomi, Perbankan, Aktuari, Matematik, Sumber Manusia, Psikologi, Perniagaan, Undang-undang, Statistik, Pelaburan, Pengurusan Risiko, Kejuruteraan.
Syarat Pemberian Penajaan Maybank:
  • Minimum 6A dalam SPM atau setaraf;
  • Jumlah pendapatan tahunan isi rumah tidak melebihi RM40,000;
  • Pengalaman kepimpinan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum;
  • Pemohon mestilah tidak menerima sebarang biasiswa atau tajaan daripada mana-mana organisasi atau yayasan;
  • Bidang Tajaan: Semua bidang pengajian.

Cara Memohon Biasiswa Maybank:
  • Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Maybank 2016.
  • Pemohon perlu menghantar borang permohonan yang telah dilengkapkan beserta dengan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan kepada:
Maybank Scholarship Award 2016
Talent Acquisition
Group Human Capital
44th Floor, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

Permohonan yang tidak lengkapatau permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temuduga.

Meja Bantuan Biasiswa Maybank:
Emel: scholarship@maybank.com.my
Facebook: www.facebook.com/maybank
No. Telefon: 03-2074 8966


Sumber: Maybank

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Tawaran Biasiswa Maybank (Dalam dan Luar Negara) 2016 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

1 komen:

  1. biasiswa ini untuk spm semasa atau lepasan spm terdahulu ? pelajar dari program matrikulasi boleh memohon atau tidak ?

    BalasPadam

 
My Ping in TotalPing.com